Isteri mulia di sisi Islam
Ada sebahagian agama mengganggap kedudukan seorang isteri sekadar alat pemuas nafsu bagi suaminya termasuk melayani makanan minumnya dan menjadi pelayan dalam rumah tangganya.
Sebaliknya, Islam telah mengajarkan kita bahawa pernikahan adalah salah satu daripada tanda-tandakekuasaan Allah dalam kehidupan ini. Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21).
Ada sebahagian sahabat Rasulullah yang ingin memusatkan perhatiannya untuk beribadah dengan cara berpuasa sepanjang hari dan solat sepanjang malam serta menjauhkan diri daripada wanita.
Maka Rasulullah SAW mengingkari hal itu dengan mengatakan: “Adapun saya, berpuasa dan makan, solat dan tidur dan menikahi wanita, maka barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka tidak termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Islam menjadikan isteri yang solehah adalah kekayaan paling berharga bagi suaminya setelah beriman kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya. Islam menganggap isteri solehah sebagai salah satu sebab kebahagiaan
Rasulullah bersabda, “Seorang mukmin tidak memperoleh kemanfaatan setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia bersumpah kepadanya dia mengiakan, dan jika suami pergi (jauh dari pandangan) maka dia memelihara diri dan harta suaminya” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda, “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. (Hadis Riwayat Muslim). Islam mengangkat nilai wanita sebagai isteri dan menjadikan pelaksanaan hak-hak suami isteri itu sebagai jihad di jalan Allah. Islam menetapkan untuk isteri hak yang wajib dipenuhi oleh suami. Hak itu tidak sekadar tinta di
atas kertas.
atas kertas.
Pertama, hak yang wajib dipenuhi seorang suami terhadap isterinya adalah mas kahwin yang diwajibkan oleh Islam se bagai tanda kecintaan suami terhadap isterinya.
Kedua, yang harus dipenuhi seorang suami terhadap isterinya adalah nafkah. Seorang suami diwajibkan untuk mencukupi makanan, pakaian, tempat tinggal dan perubatan kepada isterinya.
Ketiga, adalah mempergauli dengan baik. Allah berfirman, “Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu), baik dalam berbicara, wajah yang berseri-seri, menghibur dengan bersenda gurau dan mesra dalam hubungan.
Sebagai timbal balik daripada pelaksanaan hak-hak yang wajib dipenuhi seorang suami terhadap isterinya, maka Islam mewajibkan isteri untuk mentaati suami di luar perkara maksiat. Memelihara hartanya, sehingga seorang isteri tidak boleh mempergunakan harta berkenaan kecuali dengan izinnya. Demikian juga seorang isteri wajib memelihara rumahnya sehingga tidak membenarkan orang lain masuk ke rumahnya kecuali atas izin suaminya, sekalipun keluarganya sendiri.
Kewajipan ini tidak banyak dan tidak bersifat menzalimi seorang isteri, jika dibandingkan dengan kewajipan yang harus dipenuhi suaminya. Oleh itu setiap hak selalu diimbangi dengan kewajipan, dan Islam tidak menjadikan kewajipan itu hanya dibebankan kepada wanita atau lelaki sahaja.
Adapun Islam telah menempatkan keperibadian wanita secara mulia. Oleh itu, kita mengenal isteri-isteri Rasul dengan nama-nama dan nasabnya seperti: Khadijah binti Khuwailid, Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Maimunah binti Al Harits dan Shafiyah binti Huyyai yang bapanya adalah seorang Yahudi yang pernah memerangi Rasulullah SAW. Sebagaimana keperibadian wanita ketika ini tidak akan terkurang sebaik ia bernikah dan tidak akan kehilangan kemampuannya dalam soal perjanjian jual beli dan muamalah.
Short URL: http://www.transisi.com.my/?p=147
No comments:
Post a Comment